AMALAN DOA DAN ZIKIR HARIAN (RUMI)
Assalammualaikum,
Untuk entry kali ni Eyza nak share sikit ilmu yang Eyza dapat.. Banyak kelebihan dan manfaat yang boleh kita dapat jika kita amalkan zikir2 yang Eyza share.. Insyaallah.. Jom kita amalkan bersama :) #sharingiscaring
Bismillah
5
Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bismillaahisy Syafi,
Bismillaahil Kaafi Bismillaahil Mu’aafi, Bismillaahil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru
Ma’as-Mihi Syai-Un Fil Ardhi Walaa Fis-Samaa’i Wahuwas Samii’ul Aliim
Maksudnya:
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan, Dengan
nama Allah Yang Mencukupkan, Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang
baik, Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu
pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Istighfar
Kabir
Astaghfirulloohal ‘Azhiim. Alladzii Laa Ilaaha Illaa Huwal Hayyul Qayyuum, Ghaffarudz-Dzunuub, Dzul Jalaali Wal Ikraam, Wa Atuubu Ilaihi Min Jamii’il Ma’aashii, Kullihaa Wadz-Dzunuubi Wal Aatsaam, Wa Min Kulli Dzanbin Adznabtuhuu, ‘Amdan Wa Khatha-An, Zhaahiran Wa Baathinan, Qaulan Wa Fi’lan, Fii Jamii’i Harakaatii Wa Sakanaatii, Wa Khatharaatii Wa Anfaasii Kullihaa, Daa-Iman Abadan Sarmadan Minadz-Dzanbilladzii A’lamu, Wa Minadz-Dzanbilladzii Laa A’lamu, ‘Adada Maa Ahaatha Bihil-’Ilmu, Wa Ahshaahul Kitaabu Wa Khath-Thahul Qalamu, Wa ‘Adada Maa Aujadat-Hul Qudratu, Wa Khash-Shashat-Hul Iraadatu, Wa Midaada Kalimaatillaahi, Kamaa Yanbaghii Lijalaali Waj-Hi Rabbinaa, Wa Jamaalihii Wa Kamaalihii, Wa Kamaa Yuhibbu Rabbunaa Wa Yardhaa.
Makna
Istighfar Kabir
* Aku pohon ampun kepada Allah yang
Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir
langit dan bumi,
* Maha Pengampun segala dosa,
Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,
* Aku bertaubat kepadaNya dari
semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,
* Dan dari setiap dosa yang telah
aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan
perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku
seluruhnya sentiasa berkekalan,
* Dari dosa yang aku ketahui dan
dari dosa yang aku tidak ketahui.
* Sebilangan apa yang diliputi
dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam
dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya
oleh kehendak Allah,
* Dan sebanyak dakwat kalimat Allah
seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan
kesempurnaanNya,
* Dan sebagaimana yang dikasihi oleh
Tuhan kami dan Dia redhai.
Selawat
Al-Fateh
Allahumma
Sholli Wasaalim Ala Sayyidina Muhammaddin Al-Fatihi Lima Ughliqo, Wal Khotimi
Lima Sabaqo, Nashiril Haqqi Bil Haqqi, Wal Hadi Ila Shirotikal Mustaqim, Wa Ala
Alihi Haqqo Qodrihi Wa Miq Darihil Adzim.
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke
atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan pembuka kepada sesuatu yang
tertutup, penutup bagi (para rasul) yang terkemudian, pejuang kebenaran, dan
penunjuk arah jalan yang lurus. (Begitu juga selawat dan salam ini dilimpahkan)
ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya sesuai dengan darjat dan
kedudukannya yang agung.
Selawat
Nuril Anwar
Allahumma Shalli ‘Alaa Nuuril Anwaar, Wa Sirril Asraari Wa Tiryaaqil
Aghyaar, Wa Miftahi Baabil Yasaari Sayyidina Wa Maulaana Muhammadinil Mukhtar,
Wa Aalihil Ath-Haari Wa Ash-Haabihil Akhyaar, Adada Ni’amillaahi Wa Ifdhalih.
Maksudnya: Ya Allah limpahkanlah rahmat
kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan
kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.
yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak
hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.
Selawat
Tafrijiyah
Allahumma
Shalli Shalaatan, Kamilatan Wasallim Salaaman, Taaman ' Alaa Say-Yidinaa
Muhammadanil Ladziii, Tanhallu Bihil Uqadu Watan Fariju Bihil Kurabu,
Watuqdhaa Bihil Hawaa Iju Watunaalu Bihir-Raghaa-Ibu, Wahusnul Khawaatimi
Wayustas-Qal Ghamaamu, Biwajihil Kariimi Wa'alaa Aalihi, Washahbihii Fii Kulli
Lamhatin Wanafasin Bi'adadi Kulli Ma'lu-Umillak.
Maksudnya: Ya Allah,
limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam
dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya
(selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran,
melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian
yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya
yang mulia.
(Begitu
juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para
sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang
diketahui olehMu.
Selawat
Adrikni
Assholaatu Wassalamu A'laika, Yaa Sayyidi Yaa Rasulallah,
Khudz Bi Yadii Anta Washilati, Qholat Hilatii Adrikni Adrikni
Ya Rosullah Salamun Alaik, Ya Raffi Aasya Niwad Darajih, At Fatah Yaji Ratal Alamin, Ya Uhai Nalju' Niwal Karamin
Maksudnya: “Salam
sejahtera, daku sampaikan kepadamu ya Sayyidi ya Rosulullah.. Bimbinglah daku,
karena daku saat ini sedang dalam keadaan kesusahan dan kesulitan”
Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua.. Amiinn.. Selamat beramal semua :)
Credit to Ustaz Shafiq Mujahid PRAI (untuk senarai amalan selawat) 💓💓
Alhamdulillah
ReplyDeleteT.kasih atas perkongsian..mohon izin untuk diamalakan.
ReplyDeleteSama².. Sila².. Ilmu utk dikongsi bersama.. Yg nak amalkan boleh je amal.. Semoga bermanfaat utk semua 😊
DeleteMasyaAllah Alhamdulillah Jazakallah
ReplyDeleteThank You and I have a super offer you: House Renovation Designer Near Me brick house exterior makeover
ReplyDelete