AMALAN DOA DAN ZIKIR HARIAN (RUMI)

Assalammualaikum,

Untuk entry kali ni Eyza nak share sikit ilmu yang Eyza dapat.. Banyak kelebihan dan manfaat yang boleh kita dapat jika kita amalkan zikir2 yang Eyza share.. Insyaallah.. Jom kita amalkan bersama :) #sharingiscaring

Bismillah 5


Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bismillaahisy Syafi, Bismillaahil Kaafi Bismillaahil Mu’aafi, Bismillaahil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru Ma’as-Mihi Syai-Un Fil Ardhi Walaa Fis-Samaa’i Wahuwas Samii’ul Aliim


Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan, Dengan nama Allah Yang Mencukupkan, Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik, Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Istighfar Kabir


Astaghfirulloohal ‘Azhiim. Alladzii Laa Ilaaha Illaa Huwal Hayyul Qayyuum, Ghaffarudz-Dzunuub, Dzul Jalaali Wal Ikraam, Wa Atuubu Ilaihi Min Jamii’il Ma’aashii, Kullihaa Wadz-Dzunuubi Wal Aatsaam, Wa Min Kulli Dzanbin Adznabtuhuu, ‘Amdan Wa Khatha-An, Zhaahiran Wa Baathinan, Qaulan Wa Fi’lan, Fii Jamii’i Harakaatii Wa Sakanaatii, Wa Khatharaatii Wa Anfaasii Kullihaa, Daa-Iman Abadan Sarmadan Minadz-Dzanbilladzii A’lamu, Wa Minadz-Dzanbilladzii Laa A’lamu, ‘Adada Maa Ahaatha Bihil-’Ilmu, Wa Ahshaahul Kitaabu Wa Khath-Thahul Qalamu, Wa ‘Adada Maa Aujadat-Hul Qudratu, Wa Khash-Shashat-Hul Iraadatu, Wa Midaada Kalimaatillaahi, Kamaa Yanbaghii Lijalaali Waj-Hi Rabbinaa, Wa Jamaalihii Wa Kamaalihii, Wa Kamaa Yuhibbu Rabbunaa Wa Yardhaa.

 

Makna Istighfar Kabir


*    Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,

*       Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,

*       Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,

*     Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,

*     Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.

*  Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,

*     Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,

*       Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.


Selawat Al-Fateh


Allahumma Sholli Wasaalim Ala Sayyidina Muhammaddin Al-Fatihi Lima Ughliqo, Wal Khotimi Lima Sabaqo, Nashiril Haqqi Bil Haqqi, Wal Hadi Ila Shirotikal Mustaqim, Wa Ala Alihi Haqqo Qodrihi Wa Miq Darihil Adzim.


Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan pembuka kepada sesuatu yang tertutup, penutup bagi (para rasul) yang terkemudian, pejuang kebenaran, dan penunjuk arah jalan yang lurus. (Begitu juga selawat dan salam ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang agung.


Selawat Nuril Anwar


Allahumma Shalli ‘Alaa Nuuril Anwaar, Wa Sirril Asraari Wa Tiryaaqil Aghyaar, Wa Miftahi Baabil Yasaari Sayyidina Wa Maulaana Muhammadinil Mukhtar, Wa Aalihil Ath-Haari Wa Ash-Haabihil Akhyaar, Adada Ni’amillaahi Wa Ifdhalih.


Maksudnya: Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.


Selawat Tafrijiyah


Allahumma Shalli Shalaatan, Kamilatan Wasallim Salaaman, Taaman ' Alaa Say-Yidinaa Muhammadanil Ladziii, Tanhallu Bihil Uqadu Watan Fariju Bihil Kurabu, Watuqdhaa Bihil Hawaa Iju Watunaalu Bihir-Raghaa-Ibu, Wahusnul Khawaatimi Wayustas-Qal Ghamaamu, Biwajihil Kariimi Wa'alaa Aalihi, Washahbihii Fii Kulli Lamhatin Wanafasin Bi'adadi Kulli Ma'lu-Umillak.


Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.


(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.


Selawat Adrikni


Assholaatu Wassalamu A'laika, Yaa Sayyidi Yaa Rasulallah, Khudz Bi Yadii Anta Washilati, Qholat Hilatii Adrikni Adrikni

Ya Rosullah Salamun Alaik, Ya Raffi Aasya Niwad Darajih, At Fatah Yaji Ratal Alamin, Ya Uhai Nalju' Niwal Karamin


Maksudnya: “Salam sejahtera, daku sampaikan kepadamu ya Sayyidi ya Rosulullah.. Bimbinglah daku, karena daku saat ini sedang dalam keadaan kesusahan dan kesulitan”


Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua.. Amiinn.. Selamat beramal semua :) 

Credit to Ustaz Shafiq Mujahid PRAI (untuk senarai amalan selawat) 💓💓 






Comments

  1. T.kasih atas perkongsian..mohon izin untuk diamalakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama².. Sila².. Ilmu utk dikongsi bersama.. Yg nak amalkan boleh je amal.. Semoga bermanfaat utk semua 😊

      Delete
  2. MasyaAllah Alhamdulillah Jazakallah

    ReplyDelete
  3. Thank You and I have a super offer you: House Renovation Designer Near Me brick house exterior makeover

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nak LULUS MUET??? Template For Essay Writing (MUET)

Contoh Surat Penolakan Tawaran Latihan Industri