Contoh Surat Penolakan Tawaran Latihan Industri

Nama anda.
Alamat anda.

18hb Febuari 2016

(Alamat tempat latihan industri yg ditolak)
(U/P: Nama individu yang in charge )

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

PENOLAKAN TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Merujuk kepada surat Tuan/Puan yang bertarikh 12hb Februari 2016, saya ingin memaklumkan bahawa saya amat berterima kasih di atas kerjasama pihak Tuan/Puan menerima dan menawarkan tempat Latihan Industri kepada saya. 

Namun demikian, di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menolak tawaran tersebut.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas kerjasama pihak Tuan/Puan menawarkan tempat Latihan Industri kepada saya. Saya juga memohon maaf di atas penolakan ini dan segala kesulitan amatlah dikesali. Saya mendoakan semoga organisasi Tuan/Puan akan terus maju dan berkembang pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_______________
(Nama anda)

s. k.:    (Nama Penyelaras)
Penyelaras Latihan Industri

Fakulti XXXX, nama universiti

Comments

Popular posts from this blog

Nak LULUS MUET??? Template For Essay Writing (MUET)

AMALAN DOA DAN ZIKIR HARIAN (RUMI)

Acknowledment for Industrial Training Example (Tiram Travel)