Contoh Surat Rayuan Haji (Dah Daftar Haji)
No 49. Parit Haji Ali,
Masjid Tinggi,
34300 Bagan Serai,
Perak.
Masjid Tinggi,
34300 Bagan Serai,
Perak.
_________________________________________________________________________________
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,
Bahagian Pengendalian Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur. Tarikh : 5 Januari 2009
Bahagian Pengendalian Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur. Tarikh : 5 Januari 2009
Tuan,
Rayuan
Untuk Mendapatkan Penempatan Haji Bagi Tahun Hijrah 1430
/Tahun Masehi 2009
No. Akaun: 1234567890
(nama) (pemohon 1)
No. Akaun: 1234567890
(nama) (pemohon 2)
Kami dengan segala
hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
1. Untuk makluman tuan, kami
adalah merupakan golongan yang telah disenaraikan untuk mengerjakan haji pada
XXXX Hijrah / Tahun XXXX Masihi.
2. Kami dengan sukacitanya merayu kepada pihak tuan untuk mendapatkan tempat haji pada tahun XXXX Hijrah / Tahun XXXX Masihi berdasarkan sebab-sebab berikut:
i. Usia kami yang dianggap
lanjut dan semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakankan
ibadat haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa
yang terdekat.
ii. Kesihatan kami yang masih baik pada masa sekarang akan memberikan keyakinan kami untuk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna berbanding dengan masa hadapan di mana dengan kelanjutan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas.
3. Kami berharap pihak tuan akan meneliti dan seterusnya menerima rayuan ini dengan kadar yang segera supaya kami dapat melengkapkan diri dengan persediaan untuk menunaikan ibadat haji.
Akhir kata, semoga permohonan
rayuan kami untuk mengerjakan ibadah haji ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
……………………
(NAMA HURUF BESAR)
No. Akaun:
Comments
Post a Comment